BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wild Hawk Shadow Rugby Team

Wild Hawk Shadow Rugby Team

Isnin, 15 Februari 2010

bergambar dengan team laen






dapat pingat emas weh

Gambar mase kejohanan u-15 2009 Temerloh



mase abes final

Sabtu, 29 Ogos 2009

Perlawanan sulung menentang SMK Seri Semantan

Pada bulan Febuari 2008, skuad WHS yang masih baru dalam dunia ragbi telah mencipta sejarah apabila berjaya memenangi perlawanan pada perlawanan sulung skuad WHS menentang pasukan SMK Seri Semantan yang berlangsung di padang SMK Seri Semantan. Perlawanan ini bertujuan untuk menimba pengalaman dalam sukan ragbi. Pada perlawanan ini, skuad WHS berjaya membenam pasukan SMK Seri Semantan dengan keputusan 10-5 hasil try daripada pemain centre, Talhah dan blind sight wing iaitu Harith. Dengan ini bermulalah perjalanan skuad ragbi WHS dalam dunia ragbi.

Perlawanan persahabatan menentang SM Teknik Temerloh

Pada bulan Mei 2009 yang lalu, skuad WHS telah berkunjung ke SM Teknik Temerloh untuk menentang pasukan Teknik Temerloh B sebagai persediaan bagi menghadapi kejohanan ragbi u-15 yang bakal diadakan dalam beberapa hari lagi. Pasukan Teknik Temerloh B yang baru dibentuk dalam beberapa bulan lalu kelihatan lebih bersedia untuk berlawan kerana mereka dilihat begitu bersemangat pada petang itu. Dengan bebekalkan semangat yang ada, Skuad WHS telah mempamerkan corak permainan yang menakjubkan sebaik sahaja wisel perlawanan dibunyikan dan skuad WHS mempamerkan corak permainan menyerang. Skuad WHS berjaya menguasai perlawanan dan hasilnya skuad WHS berjaya memenangi perlawanan itu dengan keputusan 5-0 hasil try daripada barisan forward. Dengan kemenangan ini, skuad WHS dilihat lebih yakin dan mampu untuk merangkul kejuaraan pertama skuad WHS untuk kejohanan tersebut. Insyaallah

Jumaat, 28 Ogos 2009

Skuad Wild Hawk Shadow juara ragbi u-15 mssd 2009

Pada bulan Mei 2009,skuad ragbi wild hawk shadow telah menyertai kejohanan ragbi mssd Temerloh yang berlangsung di SMK Kerdau yang terkenal dengan sukan ragbi(padang) di daerah Temerloh. Kejohanan ini bermula pada jam 8.00 pagi. Skuad WHS dijadualkan bertemu dengan tuan rumah, pada perlawanan tersebut, skuad WHS seri 0-0 walaupun menguasai padang tetapi banyak kesilapan-kesilapan biasa dibuat yang berkemungkinan oleh perasaan gugup dan ini merupakan perlawanan pertama. Pada perlawanan kedua,pasukan WHS juga seri 0-0 dengan pasukan SMK Seri Semantan. Pada perlawanan ini, Kebanyakan pemain berada dalam keadaan yang kurang bersedia akibat tekanan selepas hanya seri dengan SMK Kerdau. Perkara ini sedikit sebanyak menjejaskan rentak permainan pasukan. Seterusnya,Skuad WHS dijadualkan pasukan dari Jerantut iaitu SMK Padang Saujana yang mendapat bimbingan dari bekas jurulatih ragbi Pahang,En.Jeffri. Dengan berbekalkan semangat dan keazaman yang tinggi,Skuad WHS telah bermain dengan bersungguh-sungguh dan hasilnya skuad WHS berjaya membenam pasukan SMK Padang Saujana dengan kemenangan selesa 24-0 (4 try,2 conversion) dan seterusnya melayakkan diri ke perlawanan akhir bertemu dengan pasukan SMK Seri Semantan. Dengan nasihat daripada jurulatih, En.Saufi dan pengurus pasukan, En. Shahrizal, Skuad WHS yakin akan berjaya dalam perlawanan tersebut. Pada perlawanan tersebut,skuad WHS telah berjaya menumpaskan pihak lawan dengan 14 berbalas 0 di mana 2 try dan 2 conversion berjaya dihasilkan. Dengan kejayaan menjuarai kejohanan ragbi ini, nama WHS semakin digeruni oleh pasukan-pasukan ragbi lain bukan sahaja di Temerloh malah di negeri Pahang juga.

Try

Talhah-3
Aizat-1
Azim-1
Norud-1

Conversion

Izzu-4

Isnin, 4 Ogos 2008

Carta organisasi Wild Hawk Shadow

Ketua pasukan

Nuruddin bin Abu Kasim

Timbalan Ketua pasukan

Muhamad Azriq Firdaus bin Abdul Aziz

Pack Leader

Abdul Azim Waqiuddin bin Wan Mohd Mokhtar

Setiausaha

Afif Afnan bin Ridzwan

Bendahari

Muhammad Nasrullah bin Abdul Ghaffar