BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wild Hawk Shadow Rugby Team

Wild Hawk Shadow Rugby Team

Sabtu, 29 Ogos 2009

Perlawanan persahabatan menentang SM Teknik Temerloh

Pada bulan Mei 2009 yang lalu, skuad WHS telah berkunjung ke SM Teknik Temerloh untuk menentang pasukan Teknik Temerloh B sebagai persediaan bagi menghadapi kejohanan ragbi u-15 yang bakal diadakan dalam beberapa hari lagi. Pasukan Teknik Temerloh B yang baru dibentuk dalam beberapa bulan lalu kelihatan lebih bersedia untuk berlawan kerana mereka dilihat begitu bersemangat pada petang itu. Dengan bebekalkan semangat yang ada, Skuad WHS telah mempamerkan corak permainan yang menakjubkan sebaik sahaja wisel perlawanan dibunyikan dan skuad WHS mempamerkan corak permainan menyerang. Skuad WHS berjaya menguasai perlawanan dan hasilnya skuad WHS berjaya memenangi perlawanan itu dengan keputusan 5-0 hasil try daripada barisan forward. Dengan kemenangan ini, skuad WHS dilihat lebih yakin dan mampu untuk merangkul kejuaraan pertama skuad WHS untuk kejohanan tersebut. Insyaallah

0 comments: