BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wild Hawk Shadow Rugby Team

Wild Hawk Shadow Rugby Team

Jumaat, 28 Ogos 2009

Skuad Wild Hawk Shadow juara ragbi u-15 mssd 2009

Pada bulan Mei 2009,skuad ragbi wild hawk shadow telah menyertai kejohanan ragbi mssd Temerloh yang berlangsung di SMK Kerdau yang terkenal dengan sukan ragbi(padang) di daerah Temerloh. Kejohanan ini bermula pada jam 8.00 pagi. Skuad WHS dijadualkan bertemu dengan tuan rumah, pada perlawanan tersebut, skuad WHS seri 0-0 walaupun menguasai padang tetapi banyak kesilapan-kesilapan biasa dibuat yang berkemungkinan oleh perasaan gugup dan ini merupakan perlawanan pertama. Pada perlawanan kedua,pasukan WHS juga seri 0-0 dengan pasukan SMK Seri Semantan. Pada perlawanan ini, Kebanyakan pemain berada dalam keadaan yang kurang bersedia akibat tekanan selepas hanya seri dengan SMK Kerdau. Perkara ini sedikit sebanyak menjejaskan rentak permainan pasukan. Seterusnya,Skuad WHS dijadualkan pasukan dari Jerantut iaitu SMK Padang Saujana yang mendapat bimbingan dari bekas jurulatih ragbi Pahang,En.Jeffri. Dengan berbekalkan semangat dan keazaman yang tinggi,Skuad WHS telah bermain dengan bersungguh-sungguh dan hasilnya skuad WHS berjaya membenam pasukan SMK Padang Saujana dengan kemenangan selesa 24-0 (4 try,2 conversion) dan seterusnya melayakkan diri ke perlawanan akhir bertemu dengan pasukan SMK Seri Semantan. Dengan nasihat daripada jurulatih, En.Saufi dan pengurus pasukan, En. Shahrizal, Skuad WHS yakin akan berjaya dalam perlawanan tersebut. Pada perlawanan tersebut,skuad WHS telah berjaya menumpaskan pihak lawan dengan 14 berbalas 0 di mana 2 try dan 2 conversion berjaya dihasilkan. Dengan kejayaan menjuarai kejohanan ragbi ini, nama WHS semakin digeruni oleh pasukan-pasukan ragbi lain bukan sahaja di Temerloh malah di negeri Pahang juga.

Try

Talhah-3
Aizat-1
Azim-1
Norud-1

Conversion

Izzu-4

0 comments: